Hujung minggu pergi perkhemahan(part 2)

Tp, kami kne ditipu oleh cikgu... Alahai, dekat je.. Kawasan perkhemahan kami... Huh!!! Memang memalukan!!! Nk tau cikgu kata apa?  Cikgu kata, aktiviti ini sampai ke hutan.. Tula yg menyebabkan kaki aku dan Fatin menggigil.. Huaa!!! Selepas aktiviti KEMBARA MALAM, ada lg satu aktiviti yg dinamakan rumah hantu.. Kami kne tutup mata dan kne duduk jauh drpd kwn2.. Sambil2 kami duduk, kami dikacau.... Gelilah aku!!! Cikgu yg buat.. Mcm mne aku tau??? Huh! Kan aku dah kata, tapak perkhemahan kami dekat dgn pantai.. So, kami boleh dengar bunyi ombak yg menyakitkan telinga.. Hihihi.. Memang seronok gilerr!!
Keesokan harinya, selepas kami sarapan, kami belajar kompas dgn abg2..
Seronok..!!
Hari terakhir perkhemahan, kami ada pertandingan memasang dan membuka khemah.. Aku termasuk! Aku tau sikit2 je pasang dan buka khemah.. Tapi, aku dapat belajar juga.. Hehehe..  Sementara tu, yang lain berada di dewan sambil melakar tapak perkhemahan. Dalam pukul 12 lbih, kami ada acara penutup.. Aku rasa tak nak pergi dr situ.. Best gile tak terkata... Sedih nak tinggalkan tempat yang banyak kenangan seribu kenangan.. Nanti klau ada masa, aku nak ajak famili aku pergi sana.. Sebelum melangkah keluar ke tapak tu, kami sempat bergambar ramai2 sebagai kenangan.. Lepas tu, maka kami melangkah pergi dari situ dengan berat hati!! Waa.. Aku rasa 3 hari tu da mcm 1 hari je.. btul tak?

k :)

Hujung minggu pergi perkhemahan(part 1)

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tiga hari itu memang amat bermakna bagi aku. Kali pertama aku join pergi perkhemahan anjuran Sk Lukut (sekolah kebanggaan aku)..Memang seronok gile.. Pelbagai kisah suka dan duka yang ada di situ.
Tempatnya di PUSAT SAINS MARIN, Port Dickson... Tempat perkhemahan kami berdekatan dengan kawasan pantai.. Tiada bunyi lain selain daripada bunyi ombak.. Setibanya di situ, kami diarahkan untuk meletak beg-beg yang sarat dengan baju dan peralatan di bawah dewan yang disediakan. Selepas itu, kami diberi taklimat dan nasihat  oleh Ketua Komander, Cikgu Azriqk dan penolongnya, Cikgu Hanim. Beberapa minit kemudian, kami bersama-sama mendirikan khemah untuk melindung para peserta.
Selepas solat Asar secara sendiri, kami juga sekali lagi diberi taklimat.Kata ketua komander, taklimat akan diberitahu dari semasa ke semasa. Penat aku nak dengar.. Hihihi...
Sebelah malam pula, selepas Isyak, kami ada aktiviti yang aku tak pernah lakukan seumur hidup aku. Ni kali pertama dikatakan.. Korg nk tau? Aktiviti Kembara Malam... Kaki aku da mengigil.. Fatin pun sme.. Hihihi..
Okla.. nnti aku sambung lg.. di PART 2.. hahahaha :)
saya suka sangat !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...