Kenangan manis dengan my friends

Tak sanggup aku nak berpisah dengan kawan2 yg pling aku syg... Sebab mereka, aku tak sepi... Sebab mereka jugak, aku berjaya.. Sebab mereka, aku bersemangat... Itu sume sebab mereka.. Love u!!
Hari ni, hari Jumaat yg bertarikh 18 November 2011 adelah hari yg sangat menyedihkan... Tapi, bagi org lain, gembiralah sebab dah habis sekolah. Kami? Huh!!! Menyedihkan..
Hari ni ade Hari Anugerah Cemerlang kat sekolah. Aku ade hadih. kehadiran Penuh! Ni first time aku dapat.. hahah... kenangan manis la tu..

Ni mse berarak (ni utk pelajar yg dpt 5A dengan 4A) Aku tak terlibat!!!

 Kenangan dengan cikgu...

Sebelum balik, kami sempat bersalaman semua guru di sekolah tersebut!! Suasana di dlm bilik guru tu hening seketika...
Aduh, hati kami rasa sayu apabila para guru memberi nasihat.. Nasihat yg berguna pada kami..

Kami juga sempat berpelukan dengan kawan-kawan buat kali terakhir. Ade yg menangis, ade yg ketawa.. Macam2 lah karenah kami.. hehe...

For my friends, jangan lupakan aku.. Aku sayang korang macam mana aku syg diri sendiri. Korang lah kawan yang paling terbaik yg pernah aku jumpa... Lurve u all...

Malam Graduasi Malam Memori Terindah

Malam Graduasi.. Wow, hebat! Motifnya ialah untuk meraikan murid tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah dan bakal melangkah ke alam sekolah menengah.
Malam Graduasi ni pada 11.11.11(cantik tak tarikh ni?), jam 8.00 mlm dan bertempat di SK Lukut. Memang best. Tema Malam Graduasi tu HIKAYAT 1001 MALAM (ARABIAN NIGHT). Hahahaha... aku mana ade baju ala-ala ARAB. Pakai je la jubah warna merah + hitam.
Acara pertama, penyampaian sijil. Semua sijil(Sijil berhenti sekolah, sijil ujian lisan dan sijil kelahiran) dalam fail yang dikhaskan. Cantik cover fail tu. Hehehe..
Selepas penyampaian sijil kelas 6 Mars dan 6 Venus, ade persembahan drpd murid. Suara murid perempuan tu.. perghh.. tak sedap langsung! Huhu! (Aku tak boleh sebut nama perempuan tu. Nanti dia terasa. Sape tau, please keep quiet!)
Selepas tu, penyampaian sijil kelas 6 Earth dan 6 Jupiter. Korang nak tau, tu first time aku sarungkan diri aku dengan jubah. Jubah macam dapat ijazah kat universiti. Memang teruja giler..
Kemudian, selesai itu, pertandingan persembahan antara kelas. 6 Mars memulakan acara tersebut. Memang terhibur.

Persembahan Murid :-
1. 6 Jupiter ~ Muzikal Drama (Kenangan Terindah)
2. 6 Earth   ~ Skesta (Apa dah Jadi?)
3. 6 Venus  ~ Tarian Arab dan Torch Show
4. 6 Mars   ~ Ali Baba dan 40 Orang Penyamun.

Itulah antara persembahan yang di pertandingankan. Memang sengit. Aku rasa juri-juri pun keliru nak beri hamper tu pada siapa. Hehehe...

Keputusan :-
Juara                   ~ Kelas 6 Venus.
Naib Juara          ~ Kelas 6 Jupiter (kelas aku)
Saguhati pertama ~ Kelas 6 Mars
Saguhati kedua    ~ Kelas 6 Earth

Akhir sekali, amat memilukan.. Kami sume nyanyi lagu Memori Tercipta yang dipopularkan oleh my favourite singer, Shila Amzah.

Lagu: Memori Tercipta
Artis : Shila Amzah

Bergetar jiwa dipersada bercahaya,
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar di percaya, pintunya terbuka
Disini jua MEMORI TERCIPTA
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kitakan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa..
Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka
Disini jua MEMORI TERCIPTA
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kitakan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa..

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya................

Disini jua MEMORI TERCIPTA
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kitakan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa..
Mungkin disini kitakan terpisah
Kenangan bersama
Kenangan bersama
Kenangan bersama
Mungkin disini kitakan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...