Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum :)

Salam Ramadhan aku ucapkan kepada semua umat Islam di seantero dunia ini. Korang puasa? Eh, mestilah puasa, bukan? Kalau perempuan yang 'taa puasa' tuh, jangan salah faham. Cuti puasa itu telah diizinkan oleh Allah. Tapi, kenalah ganti, bukan?

Hari pertama puasa kat sekolah, seriusly memang penat. Nasib baik balik kul 5.30 petang. Kalau macam biasa tuh, memang bagai hendak rak tahu! Ni perasaan aku ;

Macam begitulah perasaan aku. Tapi, bukan aku seorang jaa. Kengkawan aku yang lain pun ada rasa macam aku. Korang? Mesti penat, bukan? Heheh.. Give me five!
Rasanya itu jaa kut. Hikhik :)


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan ni memberi peluang kepada kita semua untuk melakukan amal kebaikan. Kata orang, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup rapat-rapat. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita dilindungi dengan pelbagai nafsu serta dugaan pada bulan ni. Banyakkan buat amal kebaikan. Semoga kita mendapat keberkatan daripada-NYA. Aminn.. Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa :)

Rindu aku sama kamu !

Hi guys, assalamualaikum :)

Harini baru aku nak update entry. Yes, aku dah lama tak update entry kat blog yang comel ni. Hehe. Decorate semua blog aku ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada gadis yang begitu comel, Ratu Lissa. ( Ini adalah satu pujian tuk kau, bukan nak tipu. Ikhlas dari sudut hati aku ni).

Berbalik pada tajuk, ya. Sememangnya aku amat merindui classmate aku. Fatin Nabila, Zakiyyah, Ainan, Athirah, Maria, Nawal, Darshan, Khaizizi, Fhariz Iman, Firdaus, Nuraini, Syawal dan ramai lagi. Hehehe, tak perlu lah nak senarikan panjang berjela. Penat pulak mahu taip :P

Mereka semua ini terpilih masuk asrama. Maybe ada yang pindah. Aku ambik contoh, Maria. Dia dah pindah kat Johor. Bila dia balik, dia rajin sms aku. Tanya khabar, saling tukar cerita. Hrmm.. dengar cerita, dia satu sekolah dengan gadis youtube, Imratul Najwa atau nama komersialnya, Najwa Latif. If someone tak kenal Najwa Latif ni, boleh ja search kat google. Just taip, Najwa Latif. Mesti ada. Mustahil kalau takda. Betul tak?

Okay. Si Nuraini ni, dia memang kecil molek. And, dia memang pandai. Kalah si Darshan. Hewhew. Dia masuk sekolah SKL pun tak sampai setahun. Adalah, dalam enam bulan. But, dia comel. Heheh.. tak tipu yaa :) Tak silap aku, dia sekolah kat SMK Raja Jumaat, kut. Entahlah, dia orang yang kata, bukan aku. Dia ada facebook, ada blog and twitter account. Tapi, aku still tercari-cari dia punya twitter. Hampa hatiku. Tak jumpa lagi. For Nuraini yang baca entry ni, aku nak link twitter kau. Nanti bagi kat komen or mesej ja aku kat facebook aku, ya? I just waiting. Nak tweet dengan kau!

Ainan, Athirah. Ya, aku memang rindu gila kat dua orang gadis ni. Dia orang memang happening! Gelak dia orang, perghh! Kalah puntianak agaknya. Hehe.. Sangat rindu dia orang punya gurau senda, gelak ketawa, senyuman dia orang. Hrmm.. hopefully jumpalah dia orang ni, one day.

Seriusly, aku memang rindu sangat dengan classmate aku, 6 Jupiter 2011. Rindu Cikgu Geetha, Cikgu Sharti dan ramai lagi. Walaupun aku study kat sekolah sebelah, but, memang tak berkesempatan nak visit sekolah rendah aku. Tak sempat, dan takut takut jugak dilabel penceroboh. Tulah. Hrmm..

Dunia ini kecil. Tak disangka-sangka, boleh jumpa di mana-mana. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Siang malam, aku berdoa agar kita berjumpa satu hari nanti. Aminn..
P/S : If kita jumpa, buat majlis renioun 6 Jupiter 2011 nak? teringin sangat... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...