Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum :)

Salam Ramadhan aku ucapkan kepada semua umat Islam di seantero dunia ini. Korang puasa? Eh, mestilah puasa, bukan? Kalau perempuan yang 'taa puasa' tuh, jangan salah faham. Cuti puasa itu telah diizinkan oleh Allah. Tapi, kenalah ganti, bukan?

Hari pertama puasa kat sekolah, seriusly memang penat. Nasib baik balik kul 5.30 petang. Kalau macam biasa tuh, memang bagai hendak rak tahu! Ni perasaan aku ;

Macam begitulah perasaan aku. Tapi, bukan aku seorang jaa. Kengkawan aku yang lain pun ada rasa macam aku. Korang? Mesti penat, bukan? Heheh.. Give me five!
Rasanya itu jaa kut. Hikhik :)


Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan Ramadhan ni memberi peluang kepada kita semua untuk melakukan amal kebaikan. Kata orang, pintu syurga dibuka seluas-luasnya manakala pintu neraka ditutup rapat-rapat. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita dilindungi dengan pelbagai nafsu serta dugaan pada bulan ni. Banyakkan buat amal kebaikan. Semoga kita mendapat keberkatan daripada-NYA. Aminn.. Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa :)

Rindu aku sama kamu !

Hi guys, assalamualaikum :)

Harini baru aku nak update entry. Yes, aku dah lama tak update entry kat blog yang comel ni. Hehe. Decorate semua blog aku ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada gadis yang begitu comel, Ratu Lissa. ( Ini adalah satu pujian tuk kau, bukan nak tipu. Ikhlas dari sudut hati aku ni).

Berbalik pada tajuk, ya. Sememangnya aku amat merindui classmate aku. Fatin Nabila, Zakiyyah, Ainan, Athirah, Maria, Nawal, Darshan, Khaizizi, Fhariz Iman, Firdaus, Nuraini, Syawal dan ramai lagi. Hehehe, tak perlu lah nak senarikan panjang berjela. Penat pulak mahu taip :P

Mereka semua ini terpilih masuk asrama. Maybe ada yang pindah. Aku ambik contoh, Maria. Dia dah pindah kat Johor. Bila dia balik, dia rajin sms aku. Tanya khabar, saling tukar cerita. Hrmm.. dengar cerita, dia satu sekolah dengan gadis youtube, Imratul Najwa atau nama komersialnya, Najwa Latif. If someone tak kenal Najwa Latif ni, boleh ja search kat google. Just taip, Najwa Latif. Mesti ada. Mustahil kalau takda. Betul tak?

Okay. Si Nuraini ni, dia memang kecil molek. And, dia memang pandai. Kalah si Darshan. Hewhew. Dia masuk sekolah SKL pun tak sampai setahun. Adalah, dalam enam bulan. But, dia comel. Heheh.. tak tipu yaa :) Tak silap aku, dia sekolah kat SMK Raja Jumaat, kut. Entahlah, dia orang yang kata, bukan aku. Dia ada facebook, ada blog and twitter account. Tapi, aku still tercari-cari dia punya twitter. Hampa hatiku. Tak jumpa lagi. For Nuraini yang baca entry ni, aku nak link twitter kau. Nanti bagi kat komen or mesej ja aku kat facebook aku, ya? I just waiting. Nak tweet dengan kau!

Ainan, Athirah. Ya, aku memang rindu gila kat dua orang gadis ni. Dia orang memang happening! Gelak dia orang, perghh! Kalah puntianak agaknya. Hehe.. Sangat rindu dia orang punya gurau senda, gelak ketawa, senyuman dia orang. Hrmm.. hopefully jumpalah dia orang ni, one day.

Seriusly, aku memang rindu sangat dengan classmate aku, 6 Jupiter 2011. Rindu Cikgu Geetha, Cikgu Sharti dan ramai lagi. Walaupun aku study kat sekolah sebelah, but, memang tak berkesempatan nak visit sekolah rendah aku. Tak sempat, dan takut takut jugak dilabel penceroboh. Tulah. Hrmm..

Dunia ini kecil. Tak disangka-sangka, boleh jumpa di mana-mana. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Siang malam, aku berdoa agar kita berjumpa satu hari nanti. Aminn..
P/S : If kita jumpa, buat majlis renioun 6 Jupiter 2011 nak? teringin sangat... :)

Kisah Adriana & Adlina

Hai guys , assalamualaikum :))
Haa , ini hari aku nak cerita pasal dua sahabat aku ni , Adriana dan Adlina .

1. Adriana
> Nuradriana Sahira bagi nama penuhnya . Kami dah kenal lama , masa kami belajar dalam tadika yang sama . Dulu - dulu , dia memang comel . Tapi sekarang , boleh tahan lahh . Heee , jangan marah yaa Adriana . Dia ni boleh tahanlah perangai dy . Sometimes dy baik , sometimes dy agakkk. . . If nak cerita tentang dy ni susah sikit lah . But , by the way , aku sayang kat kau , Adriana . Hopefully persahabatan kita kekal abadi :))

2. Adlina
> Adlina , atau nama penuhnya Nurul Adlina . Taksure sangatlah bila first time aku kenal dy . If taksilap , tahun 5 kodd . Tapi tak bebrapa rapat lah sebab kami lain kelas . Baru tahun 2012 ni , baru aku kenal dy betul-2 . Aku punn taksure lah kami rapat ke takk . Kekadang dy rapat dengan Syafina , Adriana . Abaikan pasal tu yaa ? Plaing aku gembira , dy bagi hadiah ka aku , sempena birthday aku . Wah ! Sriusly , gembira sangatt . Kelu lidah aku . Thankyou , kawaan ! IloveYouu <3

Haaa . About my friends :)) Hopefully diorang budak ni takmarah ! Apapun , AKU SAYANG KORANG ! I really love you as I love myself :D

Bertarikh 050412 adalah hari paling gembira @ Berjaya Balas Dendam ;D

Aku rasa , segelintir orang yang baca entry ni mesti salah faham . Bukan maksud aku balas dendam dengan cara membunuh ke atau benda - benda yang tk berfaedah , okey ! Haaaa.. bukan apa , nak tau cerita dya ? Meh , sini , aku nak cerita :)

Tempoh hari , ustazah ada hamper . Dalam hamper tu , ada beberapa makanan ringan and air King Cola dan air tin laici . Usai ustazah bahagi makanan ringan tu kat kitorang , tinggalah air King Cola dan air tin laici tu . Apa lagi , kami berebutlah . Huru hara jadinya . Hahaha ... Biasalah kan ? Akhirnya , ustazah decided buad kuiz . Perempuan versus Lelaki . Siapa menang ? Huh , jawabnya lelaki lah . Diorg dapatlah air King Cola tuh . Kalau aku , tak kesah . Biarlah , but , perempuan jugak ada habuannya . Air Tin laici tuh ... Lagi berkhasiat daripada air king Cola tuh . Kan ? Hahahah .. What we care ?!

Sampailah kat kelas , diorang ungkit balik pasal kemenangan kuiz agama tu . Aduhaiiii , sakitnya hati !! Sampai air King Cola yang tk berkhasiat pun nak julang ramai - ramai bagai dapat piala bola tuh . Depan kelas pulak tuh . Aku buad tak tahu jea . Buad apa nak kesah sangat air tuh ?? Abis minum , bukannya nak buang , letak merata- rata . Tegur , buat tak tahu . Siapa yang buang ? Budak perempuan jugak . Eh , hello !! Kami perempuan bukan wife or hamba korang ea ? Faham ?

But , semalam , adalah hari paling gembira buat kami ( perempuan ) sebab semalam , cikgu sejarah ada buat kuiz . First sekali , antara kumpulan bertarung . Siapa pantas dialah menang dan sebaliknya . Ada empat kumpulan , Angsa Ganas ( mengada ikut nama kumpulan dalam show Super Spontan tu ) , Celik Sejarah ( kumpulan aku ) , Matahari ( masa tu matahari dah nak terbenam ) dan Tanyalah Cikgu ( unik nama kumpulan tu ) . Nak tahu ? First , Angsa Ganas , second prizes , Celik Sejarah , third , Matahari and the last place , Tanyalah Cikgu . Dan , ada lagi satu perlawanan antara lelaki atau perempuan . Haaaa... Ni yang menarik ni !!! Excited nak cerita .. Ngee~

Mula - mula sekali , memang sengit . Lelaki mendahului perempuan . Happylah diorang . Tapi , kegembiraan diorang tak lama . Soalan terakhir , sebelum balik tu , soalan yang memakan diri mereka menyebabkan kemenanganitu berpihak ke tangan kami . Hahaha ... tak faham ? Perempuan menanglah !!! Menjerit kegirangan tau tak ? Hahaha ...

Okeylha , sampai sini sahaja aku cerita . Tangan aku dah penat taip .Thanks for baca entry ni . Dah abis baca , komenlah ya !! :)

Lirik Lagu Sedar - Shila Amzah

Tajuk : Sedar
Artis : Shila Amzah

Sudah lama ku perhatikan dia,
Sudah lama aku memendam rasa,
Bila 'kan tiba.
Setiap Kali aku melihatnya
Seperti kejutan elektrik kurasa
O.o..anehnya.

Chorus
Tak pernah kau sedari
Ku disini
Telah lama menantikan mu
Tak perlulah kau mencari lagi..
Karena ku setia disini buat mu

Verse2
Semua gadis tergila-gilakan nya
Semua gadis ingin mendampinginya
O,o..bencinya.
Ku ingin sekali menegur dirinya
Tapi lidah ku kelu tidak terkata
O.o..malunya.

#Ulang Chorus#

Lagu & lirik : Shila Amzah .

Video :


Thanks for baca entry . Tinggalkan komen anda ya :)
 

My Friends

Assalamualaikum dan hello to blogger ! Maaf , dahlama tak update status kt blog ni . Hahaha.. ( Korang tk payah gelak . Pasal apa ? Pasal tk lawak ! Biar aku gelak sorang - sorang )

Hari ini , aku nak story sikit fasal kawan aku ni ! Haaa... Setiap manusia pasti ada kawan masing - masing . Tapi , maybe jugak ada orang tak ada kawan . No impossible okey ! Tanpa buang masa lagi , aku nak start cerita . Duduk diam - diam and baca sampai habis ! Siapa baca setengah , memang korang rasa setengah cerita ini !

First sekali , aku nak cerita tentang salah seorang yang aku rapat , namanya Nur Balqis dan biasanya orang panggil Balqis . Ok , Balqis seorang yang mulut murai lah . Pendek kata , "mulut becok" . Sentiasa bercakap . Tak pernah nak diam langsung . Itu yang buat aku rimas ! Tapi , banyak cakap jugak , si Balqis boleh tahan pandai . Tak silap aku , UPSR dye dapat 4A 1B . Kira okeylah tu :)

Itu Balqis , sekarang ini aku nak cerita pasal Fatin atau nama penuhnya Fatin Nabila . Fatin seorang yang sesuai sangat dijadikan kawan . Masa tahun 6 , aku rapat dengan dia sebab sama kelas . Kekadang jea kami bergaduh . Kalau bergaduh pun , aku yang mula dulu . ( Aku ini agak jahat sikit ) . Tapi , akulah yang mintak maaf kat dia . Dia ni baik , pandai dan agak cantiklah . He3 :)

Itu sahajalah aku nak cerita. For kawan - kawan yang lain , janganlah jeles aku cerita pasal anak dara duorang ni . Nanti aku cerita pasal korang ya !! Hehehe :) #BestFriendsForever#

Sekolah Aku :)

Assalamualaikum pada blogger . Maaf , aku dah alama tak update status blog ni :)

Hari ni aku nak cerita pasal sekolah aku pada sesi 2012 . Now , this year umur aku 13 tahun . So , tahun ni aku Tingkatan 1 . Aku memang seronok gila . Bila jejak ke alam sekolah menengah ni , tetiba aku rindu zaman sekolah rendah . Memang tak dapat dinafikan . Serious , rinduuuuu !!
Nama sekolah ni SMK Yam Tuan Radin atau dikenali sebagai SMK YTR . Bagi aku , sekolah ni best lah jugak . Lebih kurang lah . Budaya sekolah menengah jauh beza berbanding budaya sekolah rendah . Yalah , sekolah rendah semua boleh manja-manja dengan cikgu . Kalau sekolah menengah , mana boleh ! Anak murid dah besar panjang ! Jangan nak mengada . Benci ! Hate it !!
SMK YTR ni pun dikenali sebagai sekolah asrama harian . Ada yang duduk asrama dan ada yang dekat kat rumah tuh , duduk ja rumah . Kat sekolah ni , aku dapat ramai kenalan baru dan aku dapat tengok pelbagai ragam budak - budak asrama dan senior . Al maklumlah , kami ni junior .Kami sesi petang . Kekadang terasa best tapi , kekadang rasa tak suka sekolah sesi petang . Betul tak ? Tapi , tak mengapa . Tahun depan aku sesi pagi . Mesti best ! Petang boleh tido . Hahaha . Tido ja kerja . Macam tak da kerja lain :)
Mata pelajaran sekolah menengah ni sama but , ada some tambahan sikit . As Geografi , Sejarah , Perdagangan dan lain - lain lagi .  Memang banyak tapi kalau nak pandai , kena lah terima semuanya . Mana boleh memilih . Tak baik !
Aku rasa sampai sini ja lah aku cerita . Dah penat tangan aku menaip . Gara - gara dah lama tak update status . ( Padan muka kau ) . OKey ? Insya-Allah , aku akan sentiasa update status , itupun kalau aku rajin :) Hehe ... Assalamualaikum :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...