Sekolah Aku :)

Assalamualaikum pada blogger . Maaf , aku dah alama tak update status blog ni :)

Hari ni aku nak cerita pasal sekolah aku pada sesi 2012 . Now , this year umur aku 13 tahun . So , tahun ni aku Tingkatan 1 . Aku memang seronok gila . Bila jejak ke alam sekolah menengah ni , tetiba aku rindu zaman sekolah rendah . Memang tak dapat dinafikan . Serious , rinduuuuu !!
Nama sekolah ni SMK Yam Tuan Radin atau dikenali sebagai SMK YTR . Bagi aku , sekolah ni best lah jugak . Lebih kurang lah . Budaya sekolah menengah jauh beza berbanding budaya sekolah rendah . Yalah , sekolah rendah semua boleh manja-manja dengan cikgu . Kalau sekolah menengah , mana boleh ! Anak murid dah besar panjang ! Jangan nak mengada . Benci ! Hate it !!
SMK YTR ni pun dikenali sebagai sekolah asrama harian . Ada yang duduk asrama dan ada yang dekat kat rumah tuh , duduk ja rumah . Kat sekolah ni , aku dapat ramai kenalan baru dan aku dapat tengok pelbagai ragam budak - budak asrama dan senior . Al maklumlah , kami ni junior .Kami sesi petang . Kekadang terasa best tapi , kekadang rasa tak suka sekolah sesi petang . Betul tak ? Tapi , tak mengapa . Tahun depan aku sesi pagi . Mesti best ! Petang boleh tido . Hahaha . Tido ja kerja . Macam tak da kerja lain :)
Mata pelajaran sekolah menengah ni sama but , ada some tambahan sikit . As Geografi , Sejarah , Perdagangan dan lain - lain lagi .  Memang banyak tapi kalau nak pandai , kena lah terima semuanya . Mana boleh memilih . Tak baik !
Aku rasa sampai sini ja lah aku cerita . Dah penat tangan aku menaip . Gara - gara dah lama tak update status . ( Padan muka kau ) . OKey ? Insya-Allah , aku akan sentiasa update status , itupun kalau aku rajin :) Hehe ... Assalamualaikum :)

0 insan comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...